Sparkly Smiley Star Dengue Patrol SK Seri Sentosa: Pengenalan
Selamat Datang Ke Dengue Patrol SK Seri Sentosa

Pengenalan



Nama 'Dengue Patrol Seri Sentosa' diambil sempena nama Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa yang terletak di dalam sebuah taman perumahan iaitu Taman Sentosa di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran  tentang bahaya demam denggi dan keperluan untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes serta memupuk amalan menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan rumah di kalangan warga sekolah dan komuniti setempat. 
Terdapat enam eleman penting dalam memastikan kejayaan perlaksanaan Program 'Dengue Patrol' Peringkat Kebangsaan 2014 . Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut:
  • Ayuh Gempur Aedes
  • Siri Kartun Nyamuk
  • Media Sosial
  • Video
  • Tarian Denggi
  • Borang Soal Selidik (Pra & Pasca)




'Dengue Patrol' merupakan satu program yang ditubuhkan oleh Unit HEM SK Seri Sentosa apabila berjaya mendapat tajaan daripada SANOFI PASTEUR. Ia merupakan sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Sanofi Pasteur.

SANOFI PASTEUR merupakan organisasi bukan kerajaan yang telah diberi tanggungjawab dalam menjayakan  Program 'Dengue Patrol' Peringkat Kebangsaan 2014. Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa merupakan antara 30 buah sekolah yang telah terpilih untuk melaksanakan aktiviti dalam menjayakan program tersebut.